Saturday, April 24, 2010

Integrasi ICT dalam P&P

Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Sumber: Dr. Rusmini Ku Ahmad,Pensyarah,Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Jitra, Kedah,Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday, April 16, 2010

Peranan Guru Besar dan Intergrasi ICT Berkesan

Guru besar yang mengamalkan gaya fasilitator, perubahan perangsang dan pengurus akan menghasilkan kejayaan dalam usaha integrasi ICT di organisasi masing-masing. Sebagai contoh, seorang guru besar dengan gaya perangsang dapat mengenal pasti matlamat jangka panjang ( visi ) dan melaksanakan strategi pendidikan berasaskan komputer secara khusus melalui perancangan strategiknya. Pentadbir akan mempengaruhi semua staf untuk menerima dan melaksanakan pendidikan berasaskan ICT sebagai keutamaan disamping murid-murid serta ibu bapa.
Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengekses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanan sebagai kaedah pengajaran pembelajaran. Multimedia dapat menambahkan nilai dalam p&p tetapi dengan hanya menambahkan multimedia kepada program pembelajaran yang tidak berkualiti, ianya tidak dapat meningkatkan pembelajaran. Teknologi hanyalah suatu faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sunday, March 28, 2010

Impak IT Dalam Pengajaran



Selain daripada memainkan peranan yang penting dalam bidang pengurusan, IT dan teknologi juga berperanan yang sama penting dalam bidang pendidikan. Dalam pendidikan, IT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

IT juga boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini.

Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk menghadapi cabaran ini. Guru, pelajar, Pusat Sumber Pendidikan, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi zaman maklumat.

Dalam memainkan peranan yang penting sebagai penyampai pengajaran, guru seharusnya berperanan bukan sahaja sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat tetapi juga bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus untuk mendapatkan maklumat.

Guru boleh menggunakan komputer untuk persembahan bahan kuliah, soal jawab dengan pelajar dalam bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar dalam sesuatu ujian, mengulang bahan pengajaran yang diperlukan dan lain-lain lagi. Malah, berbagai-bagai bentuk maklumat seperti teks, suara, muzik, grafik dan animasi boleh digabungkan dalam pengajaran bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan menambahkan minat pelajar.

Keduanya, guru mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dijadikan maklumat berstruktur untuk tujuan pengajaran. Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hypermedia atau multimedia.

Ketiganya, guru boleh menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, hantaran melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh teknologi-teknologi telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui perkembangan teknologi ini juga, guru dapat menyampaikan pengajaran yang dapat memupuk kecekapan dan minat pelajar terhadap pembelajaran melalui pembacaan, menonton, menggunakan maklumat dan idea bagi meningkatkan pengetahuan serta menjana minda yang lebih memberangsangkan.

Melalui pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi komputer seperti ini, guru juga dapat memupuk pelajar yang bijak mengesan, mencari, memilih, menilai dan menggunakan maklumat yang sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan tanpa mengira daripada mana sumber tersebut diperolehi. Pelajar juga mempunyai kemahiran belajar dan menjalankan ujikaji serta penyelidikan ke arah pembentukan diri menjadi pengguna maklumat yang berkesan.

Selain daripada itu, pendekatan pengajaran yang disampaikan oleh guru juga akan merubah tingkahlaku dan kognitif pelajar kepada konstruktif di mana pelajar digalakkan berfikir dan membina model mental sendiri dengan menggunakan teknologi maklumat. Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam kelas tetapi belajar di Pusat Sumber Elektronik melalui maklumat yang disalurkan oleh satelit ke pusat sumber eletronik.

Definisi ICT



ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan,
pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam
pendidikan bermaksud penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi yang menyokong teras
dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P
serta pendidikan sepanjang hayat - KPM
Menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar.
PenekananKPM ke arah penggunaan ICT dengan melaksanakan berbagai program pengkomputeran di pelbagai peringkat dan selanjutnya mewujudkan Sekolah Bestari.

Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan – KPM
1. Literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Mengutama peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat
P & P.
3. Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan.




Monday, March 15, 2010

Kesabaran Dalam Penggunaan ICT dan Teknologi

Antara kelemahan yang sering dihadapi dalam penggunaan ICT adalah apabila terjadinya sistem down. Mungkin ini boleh terjadi kalau tidak sabar..........


ICT dan Teknologi Dalam Pengurusan Sekolah


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang dan menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan. Ini selaras dengan perkembangan era globalisasi dunia tanpa sempadan
Penggunaan dan perkembangan ICT yang meluas dalam bidang pendidikan ini, telah memberi kesan langsung terhadap pengurusan sekolah. Impak ICT dan teknologi terhadap pengurusan sekolah ternyata banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan yang amat positif.
Perkembangan ICT banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepat segala urusan. Selain itu, ICT juga banyak membantu tugas-tugas guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Namun adalah tidak dinafikan, penggunaan ICT juga ada kelemahan dan kekurangannya.


ICT dan Teknologi Meningkatkan Pengurusan Sekolah



Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT dan teknologi banyak membantu dalam urusan pengurusan sekolah. Pengurusan yang berkesan lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini haruslah memiliki beberapa kualiti, ada insight, utuh, boleh dicontohi, berwawasan, inovatif dan kreatif.
Stail pengurusan yang berkesan adalah yang memudahkan proses, yang dapat membentuk perkongsian dan networks, yang mewujudkan dialog dan dapat mewujudkan matlamat bersama. Kemudahan ICT dan teknologi terkini telah membuatkan pengurusan sekolah lebih smart, cepat, terurus, mudah dan inovatif.
Penggunaan komputer dan IT mempunyai banyak faedah bagi pihak sekolah yang melaksanakannya.

Sunday, March 14, 2010

Perkongsian Ilmu

Sama-samalah kita manafaatkan ruangan ini untuk kita bertukar-tukar pandangan atau apa saja semasa dan selepas dari tamat kursus kita nanti.
Moga persahabatan akan lebih terjalin selepas dari ini melalui maya ini.
Itu pun kalau ada yang terus memberi komitmen .....
Sekian, terima kasih pada semua terutamanya kepada Pn Harnani yang membuka ruang ini untuk terus kita bersama.

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Berjumpa di maya

selamat berjumpa di blog saya