Guru besar yang mengamalkan gaya fasilitator, perubahan perangsang dan pengurus akan menghasilkan kejayaan dalam usaha integrasi ICT di organisasi masing-masing. Sebagai contoh, seorang guru besar dengan gaya perangsang dapat mengenal pasti matlamat jangka panjang ( visi ) dan melaksanakan strategi pendidikan berasaskan komputer secara khusus melalui perancangan strategiknya. Pentadbir akan mempengaruhi semua staf untuk menerima dan melaksanakan pendidikan berasaskan ICT sebagai keutamaan disamping murid-murid serta ibu bapa.
Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengekses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanan sebagai kaedah pengajaran pembelajaran. Multimedia dapat menambahkan nilai dalam p&p tetapi dengan hanya menambahkan multimedia kepada program pembelajaran yang tidak berkualiti, ianya tidak dapat meningkatkan pembelajaran. Teknologi hanyalah suatu faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Guru Besar memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perubahan yang efektif di sesebuah sekolah. Marilah kita berusaha bersama-sama!
ReplyDeleteGB kena pandai segala-galanya. Biar mereka tu kena jd pakar rujuk. Macam sifu En. Nasir ni, amat disegani kawan dan lawan. Aku ni baru nak bertatih, tapi apa pun kena rajin lah. Betul la tu GB agen perubahan yang afektif. Syabas nasir blog ada irama dan lagu lagi, xboring.
ReplyDeleteGB haruslah bersikap toleransi dan memahami segala tingkahlaku subordinat dibawah kawalannya.
ReplyDeleteGurubesar adalah bertanggungjawab penuh keatas segala urusan pentadbiran dan komunikasi d sekolah.
ReplyDeleteGuru Besar mesti merancang strategi bagi memastikan semua staf di sekolah menggunakan kemudahan ICT yang disediakan secara optimum.
ReplyDelete