Monday, March 15, 2010

ICT dan Teknologi Dalam Pengurusan Sekolah


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang dan menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan. Ini selaras dengan perkembangan era globalisasi dunia tanpa sempadan
Penggunaan dan perkembangan ICT yang meluas dalam bidang pendidikan ini, telah memberi kesan langsung terhadap pengurusan sekolah. Impak ICT dan teknologi terhadap pengurusan sekolah ternyata banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan yang amat positif.
Perkembangan ICT banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepat segala urusan. Selain itu, ICT juga banyak membantu tugas-tugas guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Namun adalah tidak dinafikan, penggunaan ICT juga ada kelemahan dan kekurangannya.


4 comments:

  1. Artikel yang anda bentangkan ini sangan menarik. Saya sangat setuju bahawa perkembangan ICT banyak membantu dalam memudahkan pengurusan dan mempercepat segala urusan. Selain itu, ICT juga banyak membantu tugas-tugas guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

    Saya selalu menggunakan kemudahan ICT dalam pengurusan di sekolah. Antara yang paling kerap digunakan ialah pengurusan berkaitan kewangan. Dengan ICT data yang kita cari atau buat dapat disimpan dan mudah dicapai pada waktu lain. Kerja dengan menggunakan ICT akan menjadi mudah, cepat dan tepat.

    Walaupun ICT juga ada kelemahan dan kekurangan saya ini terpulang kepada pengguna ICT itu sendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama memanafaatkan ICT ke arah jalan yang benar..hehe.
    ( Jangan lupa komen teman punya pulak )
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Cikgu Nasir, Kebaikan ICT memang telah terbukti keberkesanannya. Cuma kita sebagai pentadbir amat berperanan dalam memantau guru-guru dalam mempastikan mereka menggunakan ICT dalam P & P dengan berkesan kerana kejayaan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kemantapan mereka menggunakan ICT.
    Saya juga menggunakan ICT dalam banyak perkara terutama mencari bahan-bahan ilmiah. Kalau nak kata kunci yang ilmiah, mohon la pada saya. TQ

    ReplyDelete
  3. Terima kasih le abang halim...
    Saya tahu abang Halim expert dalam bab ICT ni..
    Kita gunakanlah expertise abg halim tu nanti...
    Tapi bang..... kalau sekolah takde kemudahan itu nak buat gapo .......
    chow .....bedah........

    ReplyDelete
  4. Kemudahan ICT sememangnya memberi impak yang sangat signifikan terhadap pengurusan sekolah. Ianya sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada kredibaliti seorang pemimpin di sekolah. Sekiranya guru besar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ICT, sudah pasti dihormati dan dihargai oleh warga sekolah. Pengurus sekolah akan menjadi pakar rujuk setiap permasalahan ICT yang berlaku. Selain daripada itu, setiap kali mesyuarat atau taklimat mengaplikasikan perisian spt power point dan excel kepada guru bagi memudahkan penyampaian maklumat.Semoga kita sebagai pemimpin tidak buta IT dalam melaksanakan tugas kita.

    ReplyDelete